GERAKAN REFORMATION
ZAMAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN
a) Latar belakang bermulanya penjelajahan orang Eropah
1. Kejayaan Sains dan teknologi zaman Renaissance membantu kegiatan penjelajahan.
2. Mereka mencari laluan ke timur kerana kerajaan Islam Turki telah menguasai Istanbul.
3. Selama ini,orang Eropah mendapat barangan timur melalui Istanbul tetapi mereka menghadapi masalah selepas kerajaan memerintah Istanbul.
4. Mereka memulakan penerokaan dengan melalui Lautan Atlantik untuk sampai ke timur.
b) Sebab-sebab penjelajahan berlaku
1. Desakan ekonomi- orang Eropah memerlukan barangan timur seperti emas,sutera,rempah.
2. Galakan pemerintah (raja Sepanyol dan Portugal),Sepanyol menumpu kepada Amerika lain
dan Portugal ke timur.
3. Persaingan kuasa Sepanyol dan Portugal- Sepanyol turut ke timur, begitu juga sebaliknya dengan Portugal.
4. Persaingan ini menyebabkan Paus Rom menggesa dibuat Perjanjian Tordesillas bagi menetapkan kawasan pengaruh masing-masing: timur milik Portugal,barat milik Sepanyol.
5. Peranan Columbus-orang Eropah pertama tiba di Amerika.
6. Peranan Magellan-tiba di timur dan mati di Filipina.
7. Perdagangan rempah dan sutera amat menguntungkan menjadi pendorong utama kuasa Sepanyol atau portugal ke timur.
8. Mereka juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian khasnya Sepanyol yang pernah diperintah oleh orang Islam begitu bersemangat menyebarkan agama Kristian.
9. Monarki baru di Eropah menggalakkan penerokaan,contohya di England,Perancis,dan Belanda.
10. Rumusannya penjelajahan kerana "Gold,Glory,Gosper."
Kesan Penjelajahan kepada Masyarakat Setempat
1. Dari segi politik-banyak perjanjian dibuat antara penguasa tempatan dengan wakil kuasa Eropah.Perjanjian ini menanda pengiktirafan kuasa Eropah.
2. Di antara wakil Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) , Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC).Syarikat seperti ini berdagang hingga ke Afrika,Latin Amerika,Asia Tenggara dan Asia Timur.
3. Dari segi ekonomi- kawasan luar Eropah menjadi pembekal kepada masyarakat Eropah,Goa,Melaka contohnya dikuasai Portugal.
4. Jalan perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang Arab telah diambil alih oleh kuasa Eropah seperti Portugal.
5. Dari segi sosial-Gaya hidup masyarakat tempatan terpengaruh oleh orang Eropah,malah ada yang memeluk agama Kristian.
6. Perang berlaku antara orang tempatan dan kuasa Eropah contohnya Sepanyol berperang dan menakluk tamadun Aztec dan tamadun Inca di Peru.
7. Penjajah telah menguasai emas dan perak contohnya di Amerika Latin, mereka turut mengekspotasi buruh peribumi di lombong dan ladang.
8. Di timur, Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Melaka dan Goa.
Sumber internert :http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-4/bab-9-perkembangan-di-eropah/
nota anda mudah difahami dan sistematik. Teruskan usaha
ReplyDeleteTerima kasih.
Delete