Thursday 22 September 2016

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia


                                  

1. Apahkah zaman prasejarah ?

- Zaman ini manusia belum mengenali tulisan.


- Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi.


- Empat tahap zaman ini ialah zaman Paleolitik,   Mesolitik,Neolitik dan Logam.


- Zaman Logam terbahagi kepada dua iaitu zaman gangsa dan            zaman besi.





                                               





2. CIRI-CIRI ZAMAN PALEOLITIK


-Hidup secara nomad -berpindah randah


-Tempat tinggal -tepi sungai,tasik atau di dalam gua


-Cara hidup -kelompok keluarga dan berkumpulan


-Menyara hidup -menangkap ikan,memburu binatang,memungut   hasil hutan


-Alat-alat batu - lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan     nilai seni





                                                 



3.
Ciri-ciri zaman Neolitik Dan Mesolitik

-Hidup menetap dalam kelompok besar dan ternak binatang


-Menyara hidup - bercucuk tanam


- Mempunyai bahan tembikar


-Alat-alat batu- lebih halus atau licin dan pelbagai fungsi


-Mula mewujudkan pengkhususan kerja


-Hasil artifak mereka lebih baik

-Pada akhir zaman ini,mula melebur logam

-Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil            makar




                                                   



4.
Ciri-ciri Zaman Logam

- Zaman ini terbahagi dua iaitu zaman Gangsa dan Besi


-Penggunaan besi menghasilkan ciptaan perahu dan rumah


-Mereka mula meneroka laut

-Mereka menjalankan perdagangan maritime (antarabangsa)

-Petempatan mula membesar menjadi kota/bandar


-Mereka juga mula membina kota pertahanan

-Contoh Bandar - Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan


                                                 

                                                


Tamadun Manusia


a) Apakah makna tamadun


1. Tamadun bererti peradaban


2. Perkataan TAMADUN daripada Arab contohnya mudun,madain dan madana.Rumusannya 
bermaksud budi bahasa dan pembukaan bandar

3. CIVILIZATION (bahasa Inggeris) daripada perkataan Greek ialah civitas bermaksud bandar


4. Konsep tamadun barat ialah pembangunan lahiriah seperti undang-undang dan pembandaran


5. Orang barat menolak kemajuan rohaniah


6. Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah,Islam juga mengambil kira 
tatasusila dan kebudayaan yang luhur

7. Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan



b) Ciri-ciri tamadun


1. Pembentukan tamadun- hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia


2. Petempatan kekal - corak hidupnya sistematik,bekalan makanan berterusan, kemajuan 
pertanian dan pertenakan,menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul,teknologi pengairan,dan lebihan makanan,yang menampung pertambahan penduduk.

3. Kehidupan berorganisasi -merangkumi sosial,ekonomi,dan politik.Hidup mereka stabil 
dan makmur dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai.Sistem sosial berbentuk piramid,bangsawan diketuai raja,pembesar seperti ahli agama,ketua keluarga,pentadbir,ilmu,pakar seni,pakar seni,pembesar dan hamba.

4. Sistem pemerintahan- untuk menjalankan pentadbiran.Ketua menggunakan unsur magis 
dan dianggap wakil tuhan,perundangan dicapai untuk keamanan dan kemakmuran.


Bagaimanakah proses pembentukan tamadun berlaku


a) Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling


b) Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian,
air dan pengangkutan.





                                                                           
 


Sumber internet : http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-4/bab1-kemunculan-tamadun-awal-manusia/
     

     

 
     
               
     


2 comments:

  1. Nota Sejarah ini dapat membantu pelajar untuk memahami Sejarah secara mendalam.

    ReplyDelete