Thursday, 22 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 5

Perjanjian Aqabah
1) Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan         Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian peluk agama Islam.     621M mengunjungi lagi dan wujud perjanjian Aqabah 1.

  Syarat Perjanjian:
  • Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt dan Rasul
  • Membantu Nabi saw
  • Tidak mengamalkan amalan Jahuliyah
2) Selepas perjanjian hantar Mus'ab bin Umair untuk mendakwah

3) 622 M perjanjian Aqabah 2 diwujudkan. Syaratnya:
  • Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw
  • Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
  • Mereka secara suka rela mengadakan tempat tinggal
  • Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah
  • Kesediaan mempertahankan Islam
Kesan Perjanjian:
  • Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
  • Islam mula tersebar di Madinah kemudian ke seluruh dunia
  • Jaminan dan keselamatan orang Islam makkah terjamin
  • Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Madinah
  • Mengembalikan keamanan dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam
  • Wujud tentangan dan rancangan bunuh nabi oleh Quraish di Makkah
Hijrah
  • Berlaku pada 12 Sept 622M
  • Berlaku secara rahsia dan berperingkat
  • Muhamad hijrah bersama Abu Bakar Al Siddiq(perjalanan 12 hari)
Konsep Hijrah

Maknanya:
  • Maksud perkataan Arab: berpindah
  • Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah.Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan agama Islam dan satu Strategi penyebaran
  • Pengertian lain - Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau berfikir, dan tingkah laku.
  • Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam seperti berikut:
         - Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah
      - Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.
       - Orang islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal
       - bersembunyi di Gua Thur= Dibantu oleh Abdullah bin Abu Bakar dan mengintip kegiatan orang Quraish . Asma binti Abu Bakar-menghantar makanan. Amir bin Fuhairah- gembala  kambing agar susu kambing diberi kepada baginda.

No comments:

Post a Comment