Wednesday, 14 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

Kedatangan Islam di Asia Tenggara

Latar belakang kedatangan Islam ke Asia Tenggara


  • Sebelum kemunculan Islam Di Makkah, Asia Tenggara telah menjadi pusat perdagangan utama pedagang Melayu, Arab, China dan India.
  • Asia Tenggara kaya dengan hasil hutan, pertanian, logam yang diperlukan oleh pedagang barat dan timur.
  • Apabila Islam berkembang di Makkah, pedagang Islam terus berdagang dan berdakwah di Asia Tenggara.
Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Arab


  • Dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas.
  • Menurut John Crawford, Islam datang dari Arab melalui pedagang.
  • Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M.
  • Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara terutamanya di Selat Melaka kerana kedudukannya yang strategik.
  • Pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab.
  • Perkampungan ini telah menjadi tapak untuk berdagang.
  • Terdapat sesetengah pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menyebarkan Islam.
  • Masa menunggu angin monsun pula digunakan oleh pedagang Arab untuk mengembangkan Islam.
  • Penduduk tempatan juga turut terpikat dengan kejujuran dan menjaga kebersihan para pedagang Islam.
  • Menurut catatan China, wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitu di Ta Shih.
  • Menurut Syed Naquib al-Attas , wujud persamaan penulisan dan kesusasteraan Asia Tenggara dan Arab, perkataan jawi diambil daripada bahasa Arab, budaya dan muzik pengaruh arab dabus dan tarian Zapin.
  • Menurut Syed Naquib al-Attas, banyak karya tempatan menceritakan pengislaman raja tempatan oleh syeikh dari Tanah Arab contohnya hikayat Raja-raja Pasai mengatakan Raja Malik diislamkan oleh ahli sufi dari Arab iaitu Syeikh Ismail.
Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China


  • Dikemukakan oleh E.G Eredia dan S.Q. Fatimi.
  • Menurut E.G Eredia, Canton pernah menjadi pusat perniagaan pedagang Arab hingga pedagang China memeluk Islam.
  • Pedagang China Islam ini kemudiannya berdagang di Asia Tenggara di samping menyebarkan Islam.
  • Menurut S.Q. Fatimi pula, pedagang China Canton pernah berpindah beramai –ramai ke Asia Tenggara.
  • Bukti kedatangan Islam dari China ini boleh dilihat pada Batu Bersurat Terengganu, batu nisan yang mempunyai ayat al-Quran di Pekan, Pahang.
  • Wujud persamaan antara seni bina China dengan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan Jawa seperti bumbung pagoda, atap genting China.
Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India



  • Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje, sejarawan Belanda.
  • Islam datang dari Gujerat iaitu perlabuhan penting di India.
  • Hubungan dagang dengan India telah wujud lama telah memberi peluang kepada pedagang Islam India menyebarkan Islam.
  • Terdapat batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan India.
  • Unsur budaya India berkaitan rapat dengan masyarakat Asia Tenggara.
     Sumber internet: https://www.scribd.com/doc/35592604/Nota-Sejarah-Bab-7-Tingkatan-4

6 comments:

  1. Nota yang amat bagus dan mempunyai gambar yang menarik dan sesuai. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen anda. Saya akan terus berusaha supaya dapat menghasilkan nota dengan baik.

      Delete
  2. Gambar diletak amat sesuai dan dapat menarik perhatian saya untuk membaca nota anda tentang Islam di Asia Tenggara. Baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pujian anda. Saya akan terus berusaha untuk menghasilkan nota yang baik.

      Delete
  3. Thank you so much for this note.

    ReplyDelete