Saturday 17 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
Pengaruh Islam terhadap politik
Pentadbiran
  • Sebelum Islam, institusi raja dipengaruhi oleh konsep dewa – raja (tradisi Hindu – Buddha ).
  • Kedatangan Islam membawa konsep Zillullah fil – alam dan Zillullah fil – ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi. Konsep ini menjadi teras institusi raja dan memberikan suatu pengesahan berlandaskan Islam terhadap kewibawaan seseorang raja tersebut.
  •  Khalifatul Mukminin pula bermaksud pemimpin orang mukmin, gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Syah di Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin di Pahang.
  • Dalam tradisi Hindu Buddha, raja dinasabkan kepada keturunan dewa manakala pada zaman Islam, sultan dinasabkan kepada tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain.
  •  Pada zaman Islam, sultan masih berkuasa tertinggi, tetapi sistem pewarisan masih diteruskan.
  • Sultan dibantu oleh 4 pembesar iaitu bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan laksamana.
  • Sultan juga mendapat nasihat daripada ulama seperti Sayid Abdul Aziz di Melaka.
  •  Adat Perpatih merupakan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan, kuasa tertinggi terletak di tangan Yang Di-Pertuan Besar.
  •  Konsep daulat telah mengukuhkan kuasa sultan.
  •  Konsep daulat diperkukuhkan dengan adat istiadat seperti pakaian, tingkah laku, bahasa dan istiadat pertabalan.


Perundangan
  •  Terbahagi kepada 2 iaitu undang – undang bertulis dan tidak bertulis.
  • Undang – undang bertulis ialah peraturan atau hukum dalam sebuah masyarakat.
  • Undang – undang tidak bertulis dikenali sebagai adat seperti adat Perpatih dan adat Temenggung.
  •  Raja selalunya dikecualikan daripada undang – undang secara praktiknya. 

Adat Perpatih:
  •  Dijalankan di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka.
  • Menyelesaikan masalah secara musyawarah yang dihadiri oleh 12 suku (keluarga besar).
  •  Tidak membenarkan perkahwinan sesama suku.
  •  Setiap suku ini pula mempunyai ketua iaitu Lembaga.
  • Perlantikan ketua secara demokrasi dari peringkat bawah iaitu Anak Buah memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang, Undang memilih Yang Dipertuan Besar.
  • Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera.
  • Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan ibu.
  •  Anak perempuan diberi hak untuk mewarisi harta.

Adat Temenggung:
  • Berasaskan sistem parilineal, yang mementingkan keturunan lelaki.
  • Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan dengan hukum faraid Islam).
  • Diasaskan oleh Datuk Ketumanggungan dari Palembang, Sumatera.
  • Pada mulanya adat ini dipengaruhi ajaran Hindu, kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam oleh mazhab Shafie.




Perundangan sebelum Islam iaitu tradisi Hindu Buddha:
  • Tradisi Hindu Buddha disesuaikan dengan budaya tempatan.
  • Tradisi Hindu berpegang kepada Hukum Kanun Manu yang membezakan hukuman berdasarkan kelas.

Perundangan selepas Islam:
  • Undang – undang Islam di negeri –negeri Melayu wujud sebelum kedatangan pengaruh British.
  • Kehadiran Islam memperkembangkan undang – undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Kedah, Perak dan Johor.

Hukum Kanun Melaka:

  • Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar
  • Pantang larang anggota masyarakat
  • Hukuman jenayah
  • Undang – undang keluarga
  • Permasalahan ibadah
  • Undang – Undang Laut Melaka

Undang-undang Laut Melaka:
  • Nakhoda (kapten) dalam kapal diertikan sebagai imam manakala anak buah kapal sebagai makmum.
  •  Undang – Undang Pelabuhan di negeri Kedah mempunyai peranan yang sama dengan Undang – Undang Laut Melaka.


                                  



2 comments:

  1. Sangat baik. Point form telah digunakan dapat menarik perhatian saya supaya terus membaca secara lanjut kerana isi-isi tentang Pembaharuan Dan Pengaruh Islam di Malaysia sebelum Kedatangan Barat sangat ringkas dan mudah difahami. Terima kasih kerana telah berkongsi maklumat-maklumat ini yang begitu bernas.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Harap nota ini dapat membantu kamu dalam mempelajari Sejarah.

    ReplyDelete